Semalam saya menonton satu rencana yang disiarkan di channel 4 - The Qur'an tajuknya.
"The Qur'an asks various people for their understanding of the Qur'an, from Grand Ayatollahs to peasant farmers, as well as leading Islamic thinkers across the world"
Banyak isu-isu berkaitan ajaran Islam yang dipertontonkan dan diulas oleh narrator. Semasa di Malaysia saya tidak pernah menonton atau terdedah dengan kupasan atau kenyataan-kenyataan kontroversi tentang Islam dan ajaran yang terdapat dalam al-Quran. Rancangan semalam mendedahkan saya kepada realiti sebenar di mana saya berada.
Si pengacara mempersoalkan beberapa perkara. Antaranya mengapa umat Islam terlalu banyak berbeza pendapat sedangkan Qur'an hanya satu. Adakah lain bacaannya sehingga perbezaan yang begitu besar dapat dilihat dengan jelas. Pengacara juga mengatakan Qur'an amat sukar difahami dan kononnya terdapat ayat yang bertentangan satu dengan lain. Walaupun selepas itu ditunjukkan rakaman jawapan persoalan tersebut dari imam masjid London tapi saya tidak puas hati kerana pandangan narrator itu seolah-olah menunjukkan dialah yang betul.
Banyak lagi perkara yang membuat saya tergamam, antaranya:
1. Hijab wanita - dakwaan bahawa bertudung tidak wajib, tiada dalam al-Qur'an. Pandangan diambil dari the most extreme, ulama' Arab Saudi yang berpendapat wanita mesti menutup seluruh tubuh sehinggalah kepada pendapat seorang wanita yang tidak bertudung
2. Isu khitan dalam kalangan wanita
3. Isu yang berkisar tentang Shi'ah dan hubungan Sunni-Shi'ah
4. Wahhabi - antara lain ditunjukkan golongan Wahhabi membuat terjemahan al-Quran mengikut fahaman mereka
5. Sufi - zikir-zikir dan tarian asyik
6. Hukum-hukum hudud - hukuman yang dilaksanakan di Iran.
7. Hak-hak wanita
8. Dakwaan seorang Professor dari Jerman - al-Qur'an yang ada hari ini bukan al-Qur'an yang tulen/asal. Telah diubah.
9. Isu jihad
Dan banyak lagi.. Setiap satu isu disiarkan pendapat si pengamal dan kemudian ulasan dari ulamak-ulamak terkemuka. Yang setuju, menyokong, menentang, semua ada. Kemudian, terserahlah kepada penonton untuk menilai sendiri.
Lesson learned: Terasa ceteknya pengetahuan, banyak isu yang saya tak biasa dan tidak mampu menjawab jika ditanya.
Tuesday, July 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment