"Sesungguhnya (segala keterangan Yang disebutkan) ini, menjadi TAZKIRAH (peringatan); maka sesiapa Yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan Yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)" al-Insan:29

Tuesday, July 1, 2008

Bio mekanik solat 1


Rupa-rupanya fitrah biologi manusia mempunyai kaitan yang langsung dengan solat yang kita amalkan setiap hari. Keseluruhan organ otak, paru-paru, mata, telinga, otot, sendi semuanya mempunyai fungsi yang tersendiri dalam aktiviti solat yang kita dirikan.


Motivasi untuk khusyuk solat:


Firman Allah yang bermaksud:"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (al-Maa'un 4-5)


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya" (al-Mu'minuun 1-2)


Perbandingan seni mempertahankan diri dan amalan alternatif dengan solat: Silat, judo, taekwondo dan lain-lain terdapat kaedah tumpuan minda, tumpuan mata, pendengaran dan pernafasan.


Terdapat latihan mendengar bunyi titisan air, bunyi pasir ditabur, bunyi tapak kaki, bunyi orang bernafas dan sebagainya.Dalam solat, kita boleh melakukan latihan yan sama jika kita berdisiplin dan keazaman yang tinggi untuk khusyuk. Yoga, meditasi, hypnosis, reiki, tai chi dan lain-lain adalah teknik memfokus fikiran, keyakinan, pendengaran, mata, percakapan dan gerakan yang dilakukan. Silat melayu contohnya terkenal dengan ilmu pertapaan atau pengasingan diri, falsafahnya hampir sama. Demikian kaedah-kaedah mententeramkan jiwa dan semuanya telah Allah kurniakan kepada umat Islam dalam solat, tetapi kita tidak mengambil sepenuhnya.


8 Kaedah Bio Mekanik untuk Khusyuk

1) Penetapan Minda dan Emosi

2) Perlaziman Minda

3) Pernafasan

4) Pembacaan

5) Tumpuan Mata

6) Pendengaran

7) Gerakan

8) Imaginasi


1. Penetapan minda dan emosi


§ Solat menuntut ketelitian yang amat tinggi.

§ Memberi fokus hanya pada diri sendiri.

§ Bersedia mental dan fizikal - ambil 'mood' untuk khusyuk.

§ Merangsang emosi supaya berada dalam keadaan gementar untu 'berjumpa' dan 'berkomunikasi' dengan Yang Maha Pencipta.

§ Baca surah an-Naas sebelum solat.

§ Mesti merancang dan bertekad untuk khusyuk.

§ Teknik penetapan minda in sebenarnya kita SENGAJA dan SEDAR mengawal minda dan mood serta fokus hanya kepada diri sendiri, mengharapkan solat diterima Allah.


2. Pelaziman minda


Bijak mengatur dan membahagikan jadual kerja sebelum solat.

Pelaziman minda sebelum dan semasa solat ialah berusaha mengosongkan fikiran dari memikirkan hal-hal lain. Sebaik melangkah ke surau/masjid/tempat solat, urusan dunia sudah ditanggalkan dari kotak fikiran.Sentiasa sedar bahawa syaitan sentiasa berusaha merosakkan solat.Sentiasa sedar dan memikirkan bahawa solat adalah waktu khusus (very special moment) untuk mengingati Allah.


3. Pernafasan


Menyedut nafas semaksima yang boleh dan ditahan selama minima 8 saat, otot-otot rangka akan relax dan otak jadi tenang kerana oksigen dibekalkan lebih dari biasa. Ini adalah teknik asas untuk menangkan seseorang dalam keadaan cemas. Semakin lama menahan nafas (5-8 saat) dan semakin banyak ulangan, orang yang cemas atau stress akan lebih cepat relaks dan tenang.


Dicadangkan supaya menarik nafas agak dalam dan terus membaca secara perlakan-lahan tanpa menahan nafas. Tempat-tempat untuk menarik nafas lebih dalam ialah:


Doa iftitah. Sebelum allahu akbar kabiira..., sebelum wajjahtu wajhiya.. dan sebelum inna solaati...

Al-Fatihah. Sebelum bismillah.. sebelum iyyaka na'budu.. dn sebelum sirootollazi...

Rukuk dan sujud. Tarik nafas sekali sehaja iaitu sebelum atau pada ulangan tazbih kali kedua

Sebelum membaca doa ketika duduk antara dua sujud

Tahiyat. Sebelum attahiyyatul.. dan sebelum shahadah - Bernafaslah secara perlahan dengan membaca teratur, jelas sebutan dan tidak cepat.


4. Pembacaan


Solat adalah komunikasi kita dengan Allah, ikhtiarkan memahami makna-makna sebutan dalam solat.Teknik pembacaan untuk khusyuk:Membaca بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ secara perlahan dan jelas sebutan, masa yang diambil kira-kira 8 saat atau lebih. Begitu juga membaca perlahan dan jelas SEMUA ayat al-Fatihah.


Tujuh ayat al-Fatihah bermakna tujuh kali pernafasan, bersesuaian dengan teknik relaksasi malah lebih baik. Latihlah untuk menarik nafas dan diulang beberapa kali, jangan terlalu kuat seperti orang mengeluh. Praktis bacaan hati dan bacaan mulut secara serentak.

Jangan sesekali membaca dengan cepat.


TO BE CONTINUED .. hari Jumaat ni.Kita akan bincang bagaimana teknik tumpuan mata menjadi terapi untuk orang rabun, teknik pendengaran, gerakan dan imaginasi.Insya Allah. Semoga dapat kita manfaatkan bersama. Terima kasih.


Disediakan oleh:Aini Ahmad-Adaptasi dari buku Bio Mekanik Solat oleh Dr. Yusof Abas.-

No comments: