Tahukah kita bahawa dosa kecil itu boleh menjadi besar? Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan dosa kecil menjadi besar. Antaranya ialah mengerjakan dosa itu secara terus-menerus dan terlalu kerap membuatnya. Bagi yang berniaga, setiap kali menimbang, dikurangkan sedikit, supaya dapat untung lebih, tiap hari menonton video lucah umpamanya. Dosa itu sebenarnya, tidak kira besar atau kecil, kalau dah asyik kita melakukannya, berpanjangan dan berkekalan, akan sebati perbuatan itu dalam diri kita. Akan jadi darah daging sehingga jadi amat payah untuk kita meninggalkannya. Biasalah, kita akan menganggap remeh terhadap dosa-dosa kecil, tapi kita kena ingat bahawa bila dah keterlaluan boleh menjadi dosa yang besar atau boleh menarik kepada dosa yang besar. Contohnya anak-anak muda yang ber’couple’. Mula-mula jumpa-jumpa di bandar, makan-makan saja. Berpanjangan keadaan begitu hingga beberapa lama. Ketahuilah bahawa golongan ini amat berkecenderungan untuk melakukan pula aktiviti-aktiviti maksiat lain yang lebih berat.
Bila kita sebut dosa, ingatlah bahawa dosa itu tetap tidak disukai tuhan, biarpun dosa itu kecil, apatah lagi dosa besar. Bila seseorang itu kerap sangat melakukan dosa kecil, samalah seperti dia meremehkan perintah tuhan. Apatah lagi jika dibuatnya dengan senang hati dan tidak sama sekali merasakan penyesalan diri terhadapnya. Dia ketawa dan bergembira berpegangan tangan dengan bukan muhrimnya (contohnya). Dosa melanggar larangan tuhan satu hal, senang hati dan gembira pula dia meremehkan perintah Allah s.w.t. Seolah-olah mengejek-ngejek perintah agama sedang perintah agama itu adalah perintah Allah s.w.t yang mencipta tubuhnya itu.
Cuba kita lihat satu perumpamaan air yang menitis jatuh atas batu secara terus menerus. Batu itu lama-kelamaan akan berbekas. Tapi kalau dikumpulkan semua air itu dan dicurahkan sekaligus atas batu itu tentu tidak akan mendatangkan apa-apa kesan bukan?
Sabda rasulullah s.a.w:
“Sebaik-baik amal yang dilakukan ialah yang dibuat secara terus-menerus walaupun hanya sedikit” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Amal baik yang kekal meskipun sedikit adalah amat berguna dan amal yang banyak tapi terputus putus kurang berguna untuk memberi cahaya kepada hati. Begitu juga halnya dengan dosa dan keburukan – bila ia kekal dan berterusan, besarlah bekasnya pada menggelapkan hati dan mencacatkannya
Jarang-jarang sangatlah seseorang itu terjun kedalam dosa besar secara tiba-tiba tanpa ada pendahuluannya dan muqaddimahnya dari sejumlah dosa yang kecil-kecil. Jarang orang terus berzina tanpa ada muqaddimah zina. Jarang ada orang yang terus membunuh tanpa terlebih dulu bergaduh dan bermusuh. Jelasnya disini, setiap dosa besar itu mestilah telah dirangkul oleh berbagai-bagai dosa kecil yang terdahulu yang menarik kepadanya.
Janganlah sekali-kali kita memandang remeh kepada dosa. Dosa it, selama kita menganggap ianya besar, ia menjadi kecil dalam pandangan Allah. Tetapi apabila kita memandangnya kecil, dosa yang kecil itu menjadi besar dalam pandangan Allah s.w.t. Kenapa jadi begitu? Sebab menganggap dosa itu besar – timbulnya dari rasa tidak senang hatinya kepada dosa itu dan membencinya. Menganggap dosa itu kecil pula ialah timbul dari kebiasaanya terhadap dosa itu dan inilah bahayanya sebab keadaan itu akan lebih membekas pada hatinya.
Sabda rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Bukhari:
“Orang mukmin itu akan melihat dosanya seperti gunung di atas kepalanya, dia takut kalau gunung itu akan menimpanya. Dan orang munafik melihat dosanya seperti seekor lalat yang menenggek di atas hidungnya lalu dihalaunya”.
Kenapa agaknya dosa itu menjadi besar pada pandangan orang mukmin? – Tidak lain hanyalah kerana kesedarannya atas kebesaran Allah s.w.t. Bila seseorang itu memandang kepada kebesaran siapa yang dia berbuat salah kepadanya, dia akan memandang kesalahannya sebagai besar!.
Ingatlah “Jangan memandang kepada kecilnya hadiah,
Tetapi pandanglah kepada kebesaran siapa yang memberikan hadiah itu.
Jangan memandang kepada kecilnya kesalahan,
Tetapi pandanglah kepada keagungan siapa yang engkau menghadapinya dengan kesalahan itu”
Janganlah sekali-kali kita berbangga dan bersuka hati pula dengan dosa yang telah kita buat kerana itu juga akan menyebabkan dosa kecil menjadi besar. Setiap kali seorang hamba itu merasa kecewa kerana tidak dapat melakukan dosa atau sedih kerana tidak dapat merasai kemanisan dosa kecil itu, (saya katakan manis sebab dia suka melakukannya), setiap kali itu juga dosa tersebut membesar dan membesar juga kesan yang menghitamkan hatinya. Ada sesetengah orang suka pula berbangga dan bermegah2 dengan dosa yang dibuatnya itu. Contohnya tengok macamana aku dah buatkan dia malu depan orangramai. / tengok bagaimana aku telah memperbodohkan dia sampai dia tertipu./ Lihatlah betapa ramai lelaki yang tergoda dengan aku. Bangga dia bercerita sedangkan itu adalah dosa.
Bila seseorang hamba terdorong membuat suatu dosa kecil, sewajarnya dia merasakan dirinya berada dalam musibah dan rasa kesal, sebab ternyata syaitan telah dapat mempengaruhinya. Dosa itu telah menyebabkan dia terjauh dari Allah s.w.t.
Selain itu, ramai juga yang memandang remeh sebab Allah masih menutupi dosanya. Allah tidak membalasnya serta merta. Dia tidak sedar bahawa dia sedang dibiarkan menambah dosa itu. Allah menangguhkan balasan itu, dia tidak bertaubah malah menambah dosanya lagi. Firman Allah dalam surah al-Mujadalah:8 yang bermaksud:
"… dan mereka berkata di antara sesama mereka: Mengapakah Allah tidak menyiksa kita terhadap apa yang kita katakana itu? Cukuplah neraka Jahannam buat diri mereka! Mereka akan dimasukkan ke dalamnya, iaitu seburuk-buruk tempat kembali."
Janganlah pula ditambah dosa yang sedia ada itu dengan galakan pula kepada orang lain untuk melakukan dosa yang sama. Dengan kata lain, dia mewar-warkan pula perbuatannya yang berdosa itu. Dia bangga dengan perbuatan dosa itu, diceritakan kepada orang lain, didorongkan pula orang lain untuk membuat sepertinya. Maka berlapis-lapislah dosa atas dosa.
Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“Semua manusia akan dimaafkan, kecualiorang-orang yang mendedahkan dirinya (dalam hal membuat dosa), seeorang mereka membuat dosa pada waktu malam, telah ditutup Allah dirinya atas dosa itu, lalu pada paginya dia membuka tutup Allah ke atas dirinya, dan menceritakan dosa itu (kepada orang lain).
Sunday, November 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment