"Sesungguhnya (segala keterangan Yang disebutkan) ini, menjadi TAZKIRAH (peringatan); maka sesiapa Yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan Yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)" al-Insan:29
Dalam blog ini terdapat koleksi sebahagian tazkirah yang saya sampaikan sejak tahun 2006. Idea mewujudkan blog ini terbit sewaktu membaca surah al-Insan, pada ayat ke 29, "inna haazihi TAZKIRAH...." Hasil dari 'reflection' tersebut, saya bangunkan laman ini.
Tujuan utama adalah untuk menjadi peringatan kepada diri sendiri. Firman Allah yang bermaksud, "Sangat besar kemurkaan Allah sekiranya kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat". Alangkah baiknya jika ada insan lain yang turut sama mendapat manfaat dari laman ini. Semoga kebaikan sentiasa berpanjangan.
No comments:
Post a Comment