"Sesungguhnya (segala keterangan Yang disebutkan) ini, menjadi TAZKIRAH (peringatan); maka sesiapa Yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan Yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)" al-Insan:29

Wednesday, August 20, 2008

Ramadhan

Seminggu lagi Ramadhan akan tiba. Kali pertama menyambut Ramadhan dan berpuasa di rantauan. Sha'ban kali ini betul-betul membuat aku keliru dan menyesal. Semuanya kerana kekurangan maklumat dan kedangkalan ilmu dalam dada.

Banyak perkara yang sepatutnya aku tahu, tapi aku tidak tahu. Perkara yang sepatutnya aku ingat, aku tidak ingat, perkara yang sepatutnya aku tidak lupa, aku telah lupa! :((

Aku tidak akan biarkan hal ini berlanjutan. Ramadhan, akan kusambut dan kura'ikan kedatanganmu dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang telah kulalui sebelum ini. Tuhan, perkenankanlah..

Doa penawar kanser

Allah yang menguji manusia dengan penyakit, Allah juga yang berkuasa menyembuhkan. Link doa untuk penyakit kanser dari satu blog yang diemailkan oleh seorang sahabat di Lancaster ini rupanya menjadi penyebab sembuhnya penyakit seorang hamba Allah di Malaysia. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyampaikan perkara yang baik ini. Semoga Allah berikan ganjaran sebaiknya dan dilimpahkan rahmatNya yang banyak kepada kita semua.

Ya Allah berikanlah kami kesihatan dan kesejahteraan dan jauhkanlah kami dari segala jenis penyakit, zahir dan batin. Janganlah diuji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami hadapi. Amin.

To shrink cancer cell - Surah Thaaha 105 -107 (7 times)

To kill cancer cell:
1. Surah Al-Qalam 1-5
2. Surah Al-Qalam 16-20 ( 7 times, repeat verse 20, 20 times)

To cure from cancer (read following sequence):
1. Al-fatihah
2. Al-Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali-Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al-A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thaaha 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaaffaat 1-15
9. Ar-Rahman 31-34
10. Al-Hasyr 21-24
11. Al-Mulk 3-4
12. Al-Qalam 3-4
13. Al-Jinn 3
14. Al-Kafiruun
15. Al-Falaq
16. An-Nas

(Read 7 times onto water for shower and to be drank)

Believe, it is He the Most Merciful, the Most Loving, for it is He who will give a cure to this disease. Insya'Allah, if it is the best fated and charted in my life.

Always read:
Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub, Ayat Syifa' and istighfar

Doa ini di'copy' dari laman web ini.

Mengajar mengaji

Alhamdulillah, banyak perkara yang aku pelajari dari aktiviti mengajar mengaji. Dah la budak-budak ni tak faham bahasa Melayu.. puas juga nak mengajar iqra' in English.

Pening kepala aku bila ada yang tak nak beralih mukasurat. Asyik nak baca mukasurat yang sama je walaupun dah lancar. Sampai nak menangis taknak baca mukasurat baru. Pulak tu bukan sorang. Dah berhari-hari taktau nak buat apa.

Akhirnya aku pura-pura tak sedar bila baca sampai bawah terus sambung ke mukasurat sebelah dan baca dari bawah naik ke atas. Takde masalah! rupanya kena kreatif juga mengajar budak-budak ni. Haiii.. macam-macam.

Monday, August 18, 2008

Masalah dan Hikmah

ya Allah ampunkan aku.
Semua orang ada masalah dan selalunya setiap orang menyangka masalah dialah yang paling besar. Aku juga ada masalah:

- Kereta rosak head gasket
- Susah nak pergi ngajar ngaji
- Susah nak pergi beli groceries kat luar
- Susah nak gi office
- Susah nak park kereta rosak tu
- Pening nak ngajar seminar MNGT110
- Bahan kajian terlampau sikit kat library
- Kena banyak travel ke institusi lain - kos lagi
- Supervisor busy
- Sorang lagi jauuh nun di Liverpool Hope
- Suami dapat kerja sikit aje
- Tempat belajar dia tak dapat lagi
- Pindah rumah tak confirm lagi
- Tak paham-paham lagi philosophy ni.. berkepok2 dah baca
- Nak ambik turn masak kat orang bersalin
- Tak contact lagi orang2 yang supervisor bagi nama tu
- dan lagi dan lagi... yang tak dapat dituliskan..

Tapi bila dengar ujian Allah kepada orang lain, doa inilah yang terbaik dibaca:

"Alhamdulillahillazi afaani mimmaa ubtuliya bihi ghairi"
(tak jumpa pulak tulisan Arab)

Maksudnya: Segala puji-pujian bagi Allah yang tidak menguji aku sepertimana diuji orang-orang selain aku - (ertinya ujian yang lebih berat)