"Sesungguhnya (segala keterangan Yang disebutkan) ini, menjadi TAZKIRAH (peringatan); maka sesiapa Yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan Yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)" al-Insan:29

Wednesday, August 20, 2008

Ramadhan

Seminggu lagi Ramadhan akan tiba. Kali pertama menyambut Ramadhan dan berpuasa di rantauan. Sha'ban kali ini betul-betul membuat aku keliru dan menyesal. Semuanya kerana kekurangan maklumat dan kedangkalan ilmu dalam dada.

Banyak perkara yang sepatutnya aku tahu, tapi aku tidak tahu. Perkara yang sepatutnya aku ingat, aku tidak ingat, perkara yang sepatutnya aku tidak lupa, aku telah lupa! :((

Aku tidak akan biarkan hal ini berlanjutan. Ramadhan, akan kusambut dan kura'ikan kedatanganmu dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang telah kulalui sebelum ini. Tuhan, perkenankanlah..

Doa penawar kanser

Allah yang menguji manusia dengan penyakit, Allah juga yang berkuasa menyembuhkan. Link doa untuk penyakit kanser dari satu blog yang diemailkan oleh seorang sahabat di Lancaster ini rupanya menjadi penyebab sembuhnya penyakit seorang hamba Allah di Malaysia. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyampaikan perkara yang baik ini. Semoga Allah berikan ganjaran sebaiknya dan dilimpahkan rahmatNya yang banyak kepada kita semua.

Ya Allah berikanlah kami kesihatan dan kesejahteraan dan jauhkanlah kami dari segala jenis penyakit, zahir dan batin. Janganlah diuji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami hadapi. Amin.

To shrink cancer cell - Surah Thaaha 105 -107 (7 times)

To kill cancer cell:
1. Surah Al-Qalam 1-5
2. Surah Al-Qalam 16-20 ( 7 times, repeat verse 20, 20 times)

To cure from cancer (read following sequence):
1. Al-fatihah
2. Al-Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali-Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al-A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thaaha 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaaffaat 1-15
9. Ar-Rahman 31-34
10. Al-Hasyr 21-24
11. Al-Mulk 3-4
12. Al-Qalam 3-4
13. Al-Jinn 3
14. Al-Kafiruun
15. Al-Falaq
16. An-Nas

(Read 7 times onto water for shower and to be drank)

Believe, it is He the Most Merciful, the Most Loving, for it is He who will give a cure to this disease. Insya'Allah, if it is the best fated and charted in my life.

Always read:
Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub, Ayat Syifa' and istighfar

Doa ini di'copy' dari laman web ini.

Mengajar mengaji

Alhamdulillah, banyak perkara yang aku pelajari dari aktiviti mengajar mengaji. Dah la budak-budak ni tak faham bahasa Melayu.. puas juga nak mengajar iqra' in English.

Pening kepala aku bila ada yang tak nak beralih mukasurat. Asyik nak baca mukasurat yang sama je walaupun dah lancar. Sampai nak menangis taknak baca mukasurat baru. Pulak tu bukan sorang. Dah berhari-hari taktau nak buat apa.

Akhirnya aku pura-pura tak sedar bila baca sampai bawah terus sambung ke mukasurat sebelah dan baca dari bawah naik ke atas. Takde masalah! rupanya kena kreatif juga mengajar budak-budak ni. Haiii.. macam-macam.

Monday, August 18, 2008

Masalah dan Hikmah

ya Allah ampunkan aku.
Semua orang ada masalah dan selalunya setiap orang menyangka masalah dialah yang paling besar. Aku juga ada masalah:

- Kereta rosak head gasket
- Susah nak pergi ngajar ngaji
- Susah nak pergi beli groceries kat luar
- Susah nak gi office
- Susah nak park kereta rosak tu
- Pening nak ngajar seminar MNGT110
- Bahan kajian terlampau sikit kat library
- Kena banyak travel ke institusi lain - kos lagi
- Supervisor busy
- Sorang lagi jauuh nun di Liverpool Hope
- Suami dapat kerja sikit aje
- Tempat belajar dia tak dapat lagi
- Pindah rumah tak confirm lagi
- Tak paham-paham lagi philosophy ni.. berkepok2 dah baca
- Nak ambik turn masak kat orang bersalin
- Tak contact lagi orang2 yang supervisor bagi nama tu
- dan lagi dan lagi... yang tak dapat dituliskan..

Tapi bila dengar ujian Allah kepada orang lain, doa inilah yang terbaik dibaca:

"Alhamdulillahillazi afaani mimmaa ubtuliya bihi ghairi"
(tak jumpa pulak tulisan Arab)

Maksudnya: Segala puji-pujian bagi Allah yang tidak menguji aku sepertimana diuji orang-orang selain aku - (ertinya ujian yang lebih berat)

Tuesday, July 15, 2008

The Qur'an

Semalam saya menonton satu rencana yang disiarkan di channel 4 - The Qur'an tajuknya.

"The Qur'an asks various people for their understanding of the Qur'an, from Grand Ayatollahs to peasant farmers, as well as leading Islamic thinkers across the world"

Banyak isu-isu berkaitan ajaran Islam yang dipertontonkan dan diulas oleh narrator. Semasa di Malaysia saya tidak pernah menonton atau terdedah dengan kupasan atau kenyataan-kenyataan kontroversi tentang Islam dan ajaran yang terdapat dalam al-Quran. Rancangan semalam mendedahkan saya kepada realiti sebenar di mana saya berada.

Si pengacara mempersoalkan beberapa perkara. Antaranya mengapa umat Islam terlalu banyak berbeza pendapat sedangkan Qur'an hanya satu. Adakah lain bacaannya sehingga perbezaan yang begitu besar dapat dilihat dengan jelas. Pengacara juga mengatakan Qur'an amat sukar difahami dan kononnya terdapat ayat yang bertentangan satu dengan lain. Walaupun selepas itu ditunjukkan rakaman jawapan persoalan tersebut dari imam masjid London tapi saya tidak puas hati kerana pandangan narrator itu seolah-olah menunjukkan dialah yang betul.

Banyak lagi perkara yang membuat saya tergamam, antaranya:
1. Hijab wanita - dakwaan bahawa bertudung tidak wajib, tiada dalam al-Qur'an. Pandangan diambil dari the most extreme, ulama' Arab Saudi yang berpendapat wanita mesti menutup seluruh tubuh sehinggalah kepada pendapat seorang wanita yang tidak bertudung
2. Isu khitan dalam kalangan wanita
3. Isu yang berkisar tentang Shi'ah dan hubungan Sunni-Shi'ah
4. Wahhabi - antara lain ditunjukkan golongan Wahhabi membuat terjemahan al-Quran mengikut fahaman mereka
5. Sufi - zikir-zikir dan tarian asyik
6. Hukum-hukum hudud - hukuman yang dilaksanakan di Iran.
7. Hak-hak wanita
8. Dakwaan seorang Professor dari Jerman - al-Qur'an yang ada hari ini bukan al-Qur'an yang tulen/asal. Telah diubah.
9. Isu jihad

Dan banyak lagi.. Setiap satu isu disiarkan pendapat si pengamal dan kemudian ulasan dari ulamak-ulamak terkemuka. Yang setuju, menyokong, menentang, semua ada. Kemudian, terserahlah kepada penonton untuk menilai sendiri.

Lesson learned: Terasa ceteknya pengetahuan, banyak isu yang saya tak biasa dan tidak mampu menjawab jika ditanya.

Tuesday, July 1, 2008

Kita bertanya al-Qur'an menjawab

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahalkamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKUMENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKUMENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar danmengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPATDRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKUBERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

-Diambil dari email yang di'forward' seorang sahabat-

Bio mekanik solat 2


5. Teknik tumpuan mata

Mata burung helang lebih kecil tetapi lebih tajam dan peka dari mata kita. Ada orang boleh memberi fokus akan apa yang dilihatnya, ada orang melihat sekali imbas sahaja tetapi mampu mengingatinya kembali. Untuk menyimpan maklumat dan ingatan dari penglihatan, ianya perlu kepada teknik penumpuan. Sebenarnya menyimpan maklumat dari penglihatan lebih mudah berbanding maklumat dari pembacaan atau pendengaran.

Senaman otot mata yang diasaskan oleh Dr. Bates telah mendapat pengiktirafan di peringkat global - Teknik asasnya ialah memberikan tumpuan mata ke satu titik fokus di atas sekeping kertas. Titik fokus ini akan diletakan di beberapa tempat terutamanya di hadapan mata. Ianya diletak pada jarak yang sama dengan ketinggian seseorang itu. Orang yang rabun itu diminta merenung tepat pada titik fokus untuk beberapa minit. Seterusnya kertas itu akan didekatkan lagi jaraknya dan pesakit diminta terus merenung. Sehinggalah kertas ini diletakkan rapat dengan mata dan pesakit terus merenung titik ini pada jangka masa tertentu. Kemudiaan jarak kertas ini dijauhkan semula sehingga ke jarak asal tadi. Latihan berikutnya kertas ini diletak pula dibahagian kiri kanan dan atas bawah mata dengan kaedah yang sama.

Teknik di atas sangat bersamaan dengan tumpuan mata kita semasa melihat tempat sujud. Usahakan tumpuan mata hanya pada tempat sujud dan tidak berubah semasa berdiri, rukuk dan sujud.


6. Teknik pendengaran

Allah ciptakan telinga makhluk berbeza-beza. Rusa dan anjing mempunyai deria pendengaran yang sangat peka. Fitrah pendengaran ini boleh dilatih. Sewaktu kita solat, pastikan jangan hanya mulut kumat kamit tetapi tidak terdengar oleh telinga sendiri. Janganlah pula membaca terlalu kuat hingga mengganggu jemaah lain. Sebutlah setiap huruf dengan jelas secara konsisten, bukan suara tenggelam timbul. Kaedah mendengar bacaan sendiri juga perlu kepada latihan. Bacalah dengan mulut dan hati ikut membacanya sekali. Sebenarnya kita boleh memilih apa yang kita hendak fokuskan mendengar. Sekiranya kita sedang asyik menonton tv atau membaca novel, kita boleh tidak mendengar apa yang si anak rengekkan dan apa yang si suami tanyakan. Maksudnya kita mampu memilih apa yang benar-benar hendak kita dengar dan hayati. Sewaktu solat juga kita boleh abaikan mendengar perkara-perkara lain selain dari suara bacaan sendiri atau bacaan imam.


7. Pergerakan dalam solat

Tulang-tulang bersambung antara satu sama lain dengan perantaraan sendi. Dengan otot dan saraf, sendi-sendi ini boleh bergerak. Terdapat berjenis-jenis sendi, besar dan kecil. Semasa solat, kita diwajibkan berdiri, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat. Bukankah sendi-sendi kecil dan besar ini akan bergerak ketika kita solat? Alangkah istimewanya solat yang memenuhi fitrah biologi manusia.Meregangkan otot sebelum bersenam atau aktiviti seni mempertahankan diri adalah perkara yang paling asas dan 'wajib' dilakukan. Kaedah meregang otot semasa solat:-


Otot leher – apabila kepala tunduk kira-kira 45 darjah untuk memandang tempat sujud. Semakin lama kita berdiri dan tunduk semakin lama diregang

- Apabila mengangkat takbir dengan kedua-dua tapak tangan sepenuhnya diangkat sehingga ke paras telinga, otot-otot hadapan lengan dan otot hadapan pangkal lengan akan diregang. Jika kedua-dua tapak tangan tidak sepenuhnya dipusingan, otot ini tidak akan teregang.

- Ketika berdiri, kita letakkan tangan di atas pusat dan disebelah kiri. Jantung dan perut kita terletak di sebelah kiri. Tangan ini akan dapat merasakan sedikit denyutan jantung dan merasakan pergerakan perut ketika kita menarik nafas agak dalam. Ketika ini kita seharusnya sedar bahawa jantung kita masih berdenyut dan kita sedang bernafas dan sedang menyembah yang Maha Pencipta. Fokus ini membantu kita lebih khusyuk.

- Ketika sujud, pastikan tiga perkara, dahi ditekan sedikit, menekan jari-jari kaki dengan kedua-dua tapak tangan melekap sepenunya ke lantai dan ditekan sedikit.


8. Teknik imaginasi

Teknik imaginasi adalah perkara biasa dalam amalan-amalan seperti Yoga, Rieki, Meditasi, Hipnosis dan lain-lain ilmu batin. Semuanya melibatkan tumpuan fikiran, selain pendengaran dan pernafasan. Seorang doktor di Rusia telah membuat pembedahan dan mencuci bisul yang besar di balakang pesakitnya yang berusia belasan tahun tanpa ubat bius. Ini adalah atas permintaan pesakitnya itu yang baru mengamalkan yoga selama tiga bulan sahaja dan mampu menahan kesakitan.

Begitu juga kisah Saidina Ali yang terkenal ketika anak panah dicabut dari betisnya ketika beliau sedang solat. Kemampuan khusyuk dan tumpuan yang tinggi semasa solat telah menjadi ubat pelali. Kita pula nyamuk berdengung di telinga sudah menggelabah, belum lagi kena gigit nyamuk!Mungkin agak sukar bagi kita hendak membayangkan pahala, dosa, syurga , neraka dan solat terakhir sebelum mati.

Dicadangkan imaginasi ini dilakukan sebelum solat kerana otak kiri yang tidak terlatih tidak mampu menampung maklumat-maklumat ini. Imaginasi yang lebih mudah ketika solat adalah membayangkan sesuatu yang boleh dilihat, dipegang dan dibaca iaitu bentuk setiap huruf bacaan dalam solat. Sila ulangkaji semula bacaan solat, usahakan agar kita mampu menulisnya di atas kertas dan hafal/faham maksud semua bacaan dalam solat.


TEKNIK BIO MEKANIK SOLAT SEBAGAI TERAPI


1) Penetapan Minda dan EmosiDoa-doa yang dibaca sewaktu solat mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan mental dan spiritual jika dihayati. Penyakit-penyakit seperti resah, panik, kemurungan, simptom migrain, pening yang tidak diketahui punca dan yang sejenis dengannya boleh dikurangkan.


2) PernafasanUntuk menenangkan diri dari perasaan marah, resah dan tertekan, kita digalakkan menarik nafas sedalam yang boleh dan dilepaskan perlahan-lahan, dan diulang beberapa kali. Orang yang mampu menahan nafas lebih lama bermakna oksigen telah berjaya masuk keseluruh bahagian paru-parunya sehingga ke bahagian dasar berbanding orang-orang yang tidak mampu menahan nafas dimana oksigen hanya masuk di bahagian atas sahaja. Cubalah melatih diri membaca ayat-ayat al-Quran yang panjang tanpa terhenti-henti. Dengan latihan pernafasan dan dibaca berulang-ulang kali ayat yang sama anda boleh rasai perbezaan pernafasan anda akan semakin baik.


3) PembacaanCara percakapan seseorang boleh menggambarkan keperibadiannya dan perkara yang dituturnya menggambarkan ilmunya. Apabila membaca ketika solat secara tertib dan perlahan sebenarnya kita sedang melatih diri kita supaya bercakap secara tenang dan mudah difahami. Bukankah kita sedang berkomunikasi dengan Allah tuhan sekalian alam? Membaca ayat dan hanya boleh didengari telinga sendiri juga merupakan skil. Teknik ini perlukan kemahiran dan ketelitian.


4) Tumpuan MataSenaman merenung titik fokus telah lama diamalkan dan kita boleh mempraktikkannya dalam solat. Bolehkan kaedah merenung titik sujud memberi kesan kepada kesihatan mata? Boleh, tetapi solat yang bagaimana? Tentu rukuk dan sujudnya yang lebih lama! Dari sudut ruhi, apabila kita sentiasa memberi fokus dan tunduk ketika solat, diluar solat pun sepatutnya kita lebih fokus kepada melihat perkara yang baik. Dalam solat, kita mengecilkan ruang pandangan, di luar solat, kita sepatutnya mengecilkan sudut pandangan – mengawal mata dari melihat perkara yang negatif.


5) PendengaranTeknik membaca perlahan dan untuk didengari oleh telinga sendiri. Kesannya adalah telinga kita akan menjadi lebih peka kepada bunyi yang berfrekuensi rendah. Semoga dengan kesungguhan kita untuk mendengar bacaan sendiri dan bacaan imam sewaktu solat, di luar solat telinga kita juga akan lebih peka kepada perkara-perkara baik.


6) GerakanSemasa solat, kita banyak melakukan regangan ada mempunyai kesan ke atas kesihatan. Tetapi dengan syarat ianya dilakukan lebih lama dan banyak berulang-ulang. Dalam Yoga umpamanya, kedudukan kepala ke bawah merupakan gerakan yang paling susah sedangkan kita meletakkan kepada kita ke lantai sebayak 1


7 kali sehari. Secara fisiologinya, tentu aliran darah akan lebih mengalir ke bahagian otak dan kedudukan jantung pula semakin rendah dari graviti. Dari istilah motivasi psikologi, emotional quotient, mind quotient, imagination quotient, visual quotient, verabal quotient, hearing quotient, movement quotient dan spiritual quotient dapat ditingkatkan jika kita khusyuk.


Sekian, sama-samalah kita berusaha untuk khusyuk dalam solat kerana Allah, dan bukan kerana yang lain.


Sekian, Adaptasi sebahagiannya daripada "Bio Mekanik Solat" oleh Dr. Yusof Abbas